Search This Blog

Tuesday, May 3, 2011

Masaklah dengan kasih sayang

Cuba pikat anak-anak anda dengan menu dan sajian yang berlainan namun menarik setiap hari. Antara Menu yang boleh dicuba adalah :


1. Sandwich telur


Bahan-bahan :
  • 6 keping roti sandwich
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mayonis
  • butter secukupnya utk sapuan
  • sedikit garam
  • 1/2 sk lada sulah
  • hirisan daun salad dan timun
Cara-cara :
  1. Telur direbus hingga masak. Kemudian dilenyek2kan hingga hancur (semasa panas)
  2. Masukkan mayonis, garam dan lada sulah. Kacau rata2.
  3. Sapukan roti dgn butter dan letakkan telur diikuti salad dan timun di atasnya.
  4. Tutup kemas dgn roti satu lagi. 
  5. Hidangkan.
Menu seterusnya



Donut yang Gebu....



Resepi Donut Gebu

1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
  • 1 1/2 mug air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu  besar susu tepung
  • 5 sudu besar planta
  • 1 sudu besar kentang lecek
  • gula halus/gula icing

Cara-cara

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  3. Gaul tepung, susu tepung, kentang lecek dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
  4. Masukkan bancuhan yis tadi.
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
  6. Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
  7. Biar naik lagi, then baru goreng.
  8. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
  9. Gaul dengan gula atau tuang coklat.
Menu seterusnya



Resepi Bihun Sup



1 bungkus Mihun
100-200 g taugeh ( mentah atau celur – saya guna yang mentah )
Daun sup
Daun Bawang
Bawang goreng
Fish cake/ fish ball ( di potong dan di goreng) – option
Cara membuatnya
1. Rendam bihun hingga lembut.
2. Celur bihun dalam air panas. Angkat dan hidangkan.
3. Sementara tu siapkan sup dan sambal kicap.

Untuk Sup Ayam
1 ekor ayam ( potong 4 dan di bersihkan)
5 -6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia ( ikut saiz)
1 sudu besar lada putih
1 sudu kecil campuran jintan manis dan jintan putih
3 kuntum bunga lawang
2 kulit kayu manis
4 biji pelaga
1 sudu besar rempah sup ( serbuk) – yang ni saya tak letak
garam
sedikit perasa/kiub ayam – optional ( saya guna 1 sudu makan pati ayam Maggie dalam botol )

Cara penyediaan
1. Tumbuk lada putih, jintan, halia, bawang merah dan bawang putih.
2. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bahan tumbuk hingga wangi dan kering airnya.
3. Masukkan, semua rempah, air hingga 3/4 periuk dan ayam. Masak hingga ayam empuk.
4. Sesuaikan rasanya. Tutup api.
5. Keluarkan ayam. Siat kecil2 isinya kemudian hidangkan dengan bihun celur tadi.
6. Tulang ayam dimasukkan semula dalam sup, Reneh dengan api perlahan.

No comments:

Post a Comment